Friday, February 12, 2010

Panas Ati Kat Jiran bahagian 14 - Counter Segment

  • tarabas sang pencari cinta yang hakiki // Dec 28, 2009 at 1:45 am

    Teruskan, PnAs_AtI_nGN_jIrAn.

    Time kasih.

  • 147 dexter // Dec 28, 2009 at 3:15 am

    finally, awak muncul jua akhirnya, PnAs_AtI_nGN_jIrAn..so, terang n nyata la apa yg ditulis ‘kononnya perbualan atr jiran’ ada udang di sebalik mee goreng mamak??kalu x kenapa slps diterjah bertalu2 bru nk buat sambungan??erm, sukahati la..aku rsa drpd aku layan konspirasi2 dajal ni lebih baik aku hafal surah kahfi..mudah2 an aku terselamat drpd tipu daya n fitnah dajal laknatullah..sbrnya kita sume sedang diuji..bkn setakat ’serangan’ drpd org kafir je tp dr sume aspek..nafsu dan syaitan pn korg jgn lupe..musuh utama tu..

  • 148 tarabas sang pencari cinta yang hakiki // Dec 28, 2009 at 5:35 am

    Bagaimanakah Benedictine Order Menjauhkan Manusia Dari Fitrah?

    Sewaktu kita dilahirkan ke dunia, yakni dengan fitrah…kita bisa merasa bahgia atau takut berdasarkan kepada apa yang ‘dirasai’ di lubuk hati. Sementelah, semakin kita dewasa, kita mula mentafsirkan kebahgiaan itu sebagai sesuatu yang ‘boleh digenggam’ yakni ‘kebendaan’.

    Kita mentansilkan bahwa kita akan merasai bahagia apabila kita punya ‘benda’….kereta besar, rumah besar dsb. Apabila kita berada di sakaratulmaut, yakni apabila malaikat maut datang menjengah dan menampakkan tempat kita kelak, samada ‘taman syurga’ pada syap kanannya atau ‘neraka’ di sayap kirinya…pada ketika itu kita kembali kepada fitrah sebagaimana kita dilahirkan….bisa merasai bahagia atau takut………berdasarkan kepada apa yang dirasai di sudut hati.

    Kebendaan adalah sesuatu yang boleh memberikan/menambahkan keselesaan hidup pada jasad yang merasa.Tapi apakah itu kebahagiaan yang hakiki?

    Jika dahulu kita berkereta kecil dan sekarang berkereta besar, ia memberikan kita keselesaan kepada kita sebagai pemandu/penumpang. Tetapi kita tetap melakukan rutin harian yang sama….memandu pada setiap pagi untuk pergi kerja dan kembali ke rumah untuk berehat. Tiada apa yang berubah melainkan keselesaan hidup pada jasad.

    Jika benar bahawa ‘kebahagiaan yang hakiki’ itu boleh didapati pada ‘benda’ :
    - Mengapakah para sahabat sanggup meninggalkan Makkah dengan meninggalkan rumah dan segala harta benda termasuk pekerjaan menuju ke Madinah tanpa mengenali sesiapa pun di madinah?

    Perumpamaanya, seperti kita meninggalkan kerja, rumah dan kenderaan yang dah habis bayar menuju ke Sumatera dari Kuala Lumpur tanpa mengenali sesiapa pun di sana?

    Mengapakah Saidina Ibrahim a.s. meninggalkan Saidatina Siti hajar bersama Saidina Ismail a.s. yang masih menyusu ditengah-2 padang pasir tanpa bekalan?

    Perumpamaanya seperti saudara yang baru mendapat anak, membawa anak dan isteri saudara ke tengah-tengah hutan Belum dan membiarkan mereka di situ sehelai sepinggang.

    Benarkah, keselesaan hidup pada jasad dapat memberikan kebahagiaan secara fitrah kepada kita?

    Tapi pasti ada antara kita yang mempersoalkan, “Habis tu, nak idup muskin?”

    Rasullulah s.a.w. tidak mengajarkan sedemikian. Tetapi, dalam satu riwayat menceritakan suatu ketika mana Abdul Rahman bin Auf r.a., iaitu individu paling kaya di Madinah, bersama para sahabat sedang menunggu untuk bersolat bersama Rasullullah s.a.w dan ketika mana sedang azan Abdul rahman bin Auf r.a. melihat-lihat sekiranya rombongan dagangannya sudah sampai atau belum. Pada ketika itu, Rasulullah s.a.w. menegur Abdul Rahman bin Auf r.a……..”Apa yang sedang menanti kita (yakni solat) jauh lebih baik dari apa yang engkau sedang tunggu (yakni rombongan dagangan).Disebabkan rasa menyesal, Abdul Rahman bin Auf r.a telah menyedekahkan semua barang dagangannya pada hari itu kepada penduduk Madinah.

    Para sahabat dan nabi telah menunjukkan contoh betapa di dalam mencari kebahagiaan yang hakiki , samada mereka mengorbankan keselesaan hidup atau menggunakan keselesaan hidup (seperti contoh Abdul Rahman bin Auf r.a.) untuk mencari kebahagiaan yang bersandarkan kepada fitrah.

    Akan tetapi kita pada hari ini, sementelah sejak kita kecil …”kita dididik” bahawa ‘kebahagiaan yang hakiki terletak pada benda atau keselesaan hidup pada jasad”. Setiap hari, kita dididik melalui iklan, majalah, tv dan sebagainya bahawa kebahagiaan atau kualiti suatu kehidupan terletak pada benda. Benarkah?

    Cuba lihat di sekeliling, bagaimana hatta orang yang sudah pencen sekalipun sanggup berhutang untuk memiliki kereta model baru..walaupun pencennya cuma sekadar cukup makan. Kerana kita telah dididik secara halus bahawa kualiti/kebahagiaan suatu kehidupan adalah terletak pada “sesuatu yang boleh digenggam” yakni benda.

  • 149 ORGMUDA // Dec 28, 2009 at 5:43 am

    fakta panas ati

    -muncul ketika semua sedang cibuk berkata tentangnya
    -memberitahu maklumat yang agak sangsi untuk di terima pakai
    -berkata-kata seperti membodohkan org lain,agama dan keturunan kita semua..
    -dirinya sebagai seorang kaya dan hidup mengembara…
    -selalunya tidak menghiraukan pengkomen lain yang beria ia nak tau siapa dia nie,,
    -menggunakan lebih dari satu nickname untuk blog nie..
    -bagi maklumat yang agak detail jika mahu di ingat di dalam kepala seterusnya komen kat cni dengan hebatnya..
    -perbualan yang selalu continue continue…buat kita ternanti-nanti..

    dia memang bukan org biasa yang ingin mencari maklumat tetapi mahu menyebarkan maklumat,,dgn alasan untuk memberi pengetahuan dan menginsafkan kita,,,

    tahniah untuk kau kerana rancangan yg cukup teliti dan berjaya buat semua bercakap tetang kau,,mungkin last2 kau akan bagi link ke blog yg lebih akan menarik dan mengkukuhkan fakta2 kau,yg terlalu mengagungkan vatican sendiri….
    tahniah,,,

  • 150 anis // Dec 28, 2009 at 7:09 am

    tapi comment daripada tarabas sang pencari cinta hakiki bagus untuk dibaca…..sesuatu yg sememangnye betul terjadi

  • 151 mahukan kebenaran // Dec 29, 2009 at 12:54 am

    cukuplah sekadar al-Quran dan itrah Ahlul Bait baginda Rasulullah SAWW yg menjadi pagar kepada kita semua daripada pelbagai dakyah teori konspirasi yg sebenarnya direkacipta oleh golongan kufar untuk menimbulkan was-was serta ragu di hati golongan Muslim umumnya dan juga golongan Mukmin khususnya.

    pusing-pusing tang mana sekalipun, kisahnya akan berbalik kepada betapa hebatnya pihak musuh dan betapa tidak bersedianya pihak Islam.

    itulah dakyah yg mahu ditanam oleh segenap lapisan musuh daripada pelbagai cabang agama, termasuklah Kristian, Yahudi, Buddha ataupun Hindu, malah ada juga musuh yg tidak kita sedari sebenarnya adalah di kalangan kita sendiri yg menjadi boneka pihak2 musuh tersebut.

    semoga kita sama-sama dalamilah ilmu di sebalik al-Quran dan berpegang teguhlah kepada itrah Ahlul Bait baginda Rasulullah SAWW yg kita sanjungi, contohilah juga para sahabat baginda yg terpilih.

  • 152 tarabas sang pencari cinta yang hakiki // Dec 29, 2009 at 3:38 am

    Kita nak mengkaji strategi pihak musuh di dalam melemahkan umat Islam, bukannya nak mengakui kata-2 Bishop tuh.

    Kalau dalam peperangan sekalipun, kita menggunakan kaedah risikan tentera untuk mengenalpasti strategi dan kekuatan pihak musuh.

    Di dalam membuat perancangan, mana-mana pihak pun pasti akan meletakkan kemenangan sebagai matlamat, justeru itu sebabnya Bishop tersebut bercerita seolah-olah mereka adalah superior dan umat islam adalah inferior dan mereka yakin mereka akan menang.

    Tetapi, kita bukan nak melihat perspektif ini dari kaca mata seorang Bishop atau seorang kafir, kita melihat dari kaca mata seorang muslim yang berteraskan kepada Al-Quran dan Hadith.

    Kita cuma ingin tahu permainan Nasrani dan Yahudi, dari kaca mata seorang Muslim.

  • 153 Barrack Obama // Dec 29, 2009 at 9:11 am

    Benedictine Order tak payah tgk di luar pon, kat dalam TV dah belambak Benedictine Order. Tgk semua rancangan TV semua adalah berunsurkan hiburan di mana unsur benedictine order diterapkan dalam film2 keluaran Amerika dan Britain. pastu plak, untuk menambah lagi para paderi benedictine order byk rancangan hiburan mencari bakat2 baru,untuk menyanyikan lagu2 berunsurkan benedictine order. Idola Kecil, Akademi fantasia, Wanita melayu, juara lagu, dan byk lagi ancangan seperti tu. menyanyikan, mengacarakan dan melakonkan lagu, rancangan dan filem/drama benedictine order di TV, radio kita. Lagu, film dan rancangan hiburan tersebut penuh unsur Benedictine Order dan kepura2 puraan, kemewahan dan hagemoni. Pastu byk konset yang menagih para penonton konset tu bercampuran secara bernafsu lelaki perempuan, meminum arak dan menipu ibu bapa utk pegi konset.

  • 154 anis // Dec 29, 2009 at 10:10 am

    sebenarnye banyak yg perlu kita perbaiki didalam hidup ini secara tanpa kita sedari kita telah berada didalam permainan mereka…..

    yang paling berat dan ketara adalah konsep riba disetiap sudut yg kita tak nampak selama ini , terlalu multy dimensional , salah satu contoh wang kertas yg kita pakai pun dikatakan riba kerana nilainya yg tak stabil…walaupun kita rasa kita tak makan riba , tapi kita juga consider terlibat kalau kita bekerja didalam company yg menggunakan concept riba secara halus….dan rupa rupanya riba ni ada macam macam cara dan jenis kalau dihalusi….ini yg dinamakan kalau kita tak makan riba tapi kita juga akan terkena serpihan serpihan riba , in other word bersubahat…astaghfirullahal’azim….

    sebenarnya takut kalau difikirkan …apa yg terbaik kita cuba lakukan , kalau kita boleh elakkan kita cuba elakkan , tapi kalau tak berkemampuan berserah ajelah pada allah…….berdoa , bersolat . lama lama kita akan rasa tenang untuk menghadapainya

    permulaan kita dapat maklumat sebegini , sebenarnye terus lemah lutut kita tak bermaya ,bila dikenangkan kita terperangkap dalam concept mereka yg kafir ni , betapa buta sebenarnye kita tak memahami sebenarnye apa isi al quran itu , sehinggakan hadis hadis yg tertutup didalam kod kod yg selama ni tidak difahami hanya pada zaman kita sahaja dapat dirungkaikan , barulah dapat difahami apa sebenarnye yg terjadi di dalam dunia kita sekarang ni…

    Walaumacam mana sekalipun kita terpaksa bangun untuk menguatkan diri. hanya pada allah sahajalah tempat kita kembali…..so pandai pandailah hidup bersederhana…apa yg mereka lakukan tanpa kita sedari , mereka telah membutakan hati kita dengan mempermainkan dan menghidupkan keinginan didalam hawa nafsu kita dengan benda benda material yg membuatkan kita terbuai hanyut untuk mendapatkan sesuatu , kalau tak dapat kita akan rasa serba kekurangan……..

  • 155 penyu // Dec 29, 2009 at 3:23 pm

    wah! Wah!,;;;;;;;;makin panjang blog ni makin banyak la fitnah yg ad termasuk la id yg aku pakai…otak ko ni mmg sempit ek ‘mcm ade xkene’

    bile aku guna id tu je dia dh ingat aku ni pnas ati ngn jiran sebab id aku ad perkataan pnas_ati.abis klu aku guna nama IBNUYAACOB ko mesti fkir aku ni ibnuyaacob.kesian aku tengok ko ni,komen ko standard penghuni tanjung rambutan..

    mungkin ko pkir org gerun ngn marah ko tu…eeeeee….takutnyaaaaaa…..
    mungkin ko pkir org respek ngn penyiasatan ko…eeeee…..hebatnyaaa….

    klu ko nk tunjuk bakat ko mcm conan penyiasat terkenal tu,blog konspirasi ibnuyaacob ni bukan tempatnya wei budak!hahahaa

  • 156 ORGMUDA // Dec 30, 2009 at 12:58 am

    penyu dah angin,,,kuang3

    lex ar penyu oi,,x kesah ar ko nk pakai nickname ape pn,janji ko tak cakap bukan2 dan bagi ar pa2 information yg ko tau,,2 dh kira bagus gak

    kita satu saudari nieee
    bincang bab2 konspirasi yahudi n musuh org islam tapi klu ada org bkan islam pn di alu-alukan gak,,

    salam perpaduan ummah
    semoga dengan perbincangan ini
    kita dapat bersatu,..

  • 157 zaim zaiman // Dec 31, 2009 at 3:46 am

    salam buat semua…

    nampaknya perbincangan di sini semakin hangat dan janganlah sampai kita bertelagah sesama kita dan juga apa yg kita bacakan ini kita selidiki akan kebenarannya,janganlah kita terlalu cepat membuat kesimpulan tanpa ada kajian yg mendalam.

    sememangnya pihak THH sekarang ini tengah seronok melihat kita dalam keadaan bertelagah,mereka memerhatikan kita dan sadarlah kita di sini pun adalah hasil dari perancangan mereka sebelom ini.

    Apapun sy juga ingin memberi pandangan di sini dan tertarik dengan komen dr RX8 - komen 73 -

    jgn jdi mcm budak2…..bila ada ayat al-quran n hadis yg bercerita kemenangan “di sebelah pihak kita” korg percaya…………..tapi bila ada ayat al-quran n hadis yg bercerita kemenangan “di sebelah pihak mereka”……korg x akui pulak…malah peristiwa2 yg berkaitan dgn “kemenangan di sebelah pihak mereka” ko nafikan……

    sememangnya ALLAH s.w.t menjanjikan kemenangan kepada mereka yg beriman dengannya tetapi apakah kemenangan itu akan terjadi sekiranya kita hanya mengejar akan kemewahan dunia dan mengagungkan ‘ilmu’ yg di-jana-kan oleh pihak mereka.

    Ilmu yg sebenar-benar Ilmu ialah utk kite mengenal tuhan dan mengikut care Rasulullah s.a.w dan tpt kembali kita adalah akhirat yg merupakan kampung asal kita.Kita berwawasan akhirat dengan sentiasa mengejar utk balik ke sana dan juga kita tidak takut akan mati kerana itulah nikmat utk kita kembali pada tuhan sebagaimana para sahabat dahulu idamkan tetapi hari ini kita dibesarkan dalam keadaan BENEDICTINE ORDER di mana manusia hari ini yg mengaku ISLAM sudah takut akan kematian ibarat satu mimpi ngeri utk kita balik pada tuhan.Jadi marilah kita bersama teliti akan topic yg disampaikan mudah-mudahan kita memperolehi jalan kebenaran yg sebenar-benarnya.

  • 158 kisho.a.k.a.serizawa tamao // Jan 3, 2010 at 10:43 am

    salam,pns_ati_ngan_jiran,sambung lg…,wassalam

  • 159 aku // Jan 3, 2010 at 7:04 pm

    walaupun ilmu aku tak tinggi.. tp aku dapat rase yang macam sedara sedari aku kat dalam comment post nih bertekak sesame sendiri… emmm..

    perlu ke? tenang kawan.. walau ape pun yang dibicarakan, Islam jugak yang betul..

    yang aku tau, “orang tuh” dok gelak je… hehe.. tunggu jek la sampai mase nnt, tau la diorang langit tuh tinggi rendah.. :)

  • 160 naurahNaufal // Jan 5, 2010 at 8:58 am

    panas ati ngan jiran,

    lekas teruskan cerita nya
    lekas cerita… lekas habis
    tak buat org semua penasaran

  • 161 tarabas sang pencari cinta yang hakiki // Jan 6, 2010 at 7:52 am

    Salam.

    Perhatikan trend dollar dalam bulan ini dan bulan hadapan. Allahualambissawab………..Boleh jadi aku salah, benar-benar aku tidak mengerti………Boleh jadi apa yang aku lihat hanyalah sekadar ilusi…….

  • 162 zaim zaiman // Jan 7, 2010 at 8:08 am

    rajin-rajin la jenguk blog saye,insyaALLAH seandainya ade kesempatan dan ruang yg diberikan,akan dibentangkan kebenaran tentang perancangan benedictine order ini,sememangnya semua yang di sampaikan melalui Bishop itu akan tampak kebenarannya dan hari ini ,kita yang mengaku Islam tidak dapat merubah segalanya hanyalah dengan berpegang dengan adat dan budaya melayu dan teguh mengenggam sunnah Rasulullah s.a.w yang akan terselamat…

    Jiran; INILAH YG MERISAUKAN KAMI,AL-QURAN DAN MUHAMAD YG TERDAHULU
    TIDAK AKN MENIPU TETAPI ADA SEDIKIT HELAH YG DISEMBUNYIKAN DARIPADA KAMI,MANA MUNGKIN DGN MUDAH BERKATA DIA MUNCUL DAN DILANTIK…..KLU BEGINI SENANG2 SAJE KAMI MENEMUKANNYA.

  • 163 kisho.a.k.a.serizawa tamao // Jan 12, 2010 at 10:53 am

    ilmu yg disihirkan ialah ilmu yg tidak bermanfaat…pns_ati_ngan_jiran,smbung lg..

    wassalam

No comments:

Post a Comment